JOSEPH LARI!!!
PADA episod yang lepas, keluarga Auntie Hart datang ke sekolah aku. Diorang baru balik dari Amerika Syarikat. Tiba-tiba Auntie Hart kata Joseph akan masuk ke kelas yang sama dengan aku. What? Biar betul?
"Noy! Ya Allah tak mandi lagi budak ni. Ape benda dok berangan lagi ni? Busuklah!"
Ala abang ngah ni. Orang tengah busy fikir ni. Tengok tu, tutup-tutup hidung pulak. Over betul. Cuba bau sikit. <sniff sniff> Erkk, patutlah. Boleh tahan busuk aku ni rupanya. Hehe... Senyum kambing je la nampaknya.
"Ek eh senyap je. Nape, ada masalah ke? Ada orang kacau Noyan er? Beraninya dia. Nak abang ngah carik dia? Abang ngah kuat tau. Ni sebenarnya otot ni tau."
Haha, otot? lemak lembik camtu dikatakannya otot. Hai, abang ngah, abang ngah...
"Siapalah berani nak kacau Noyan. Rasanya diorang lagi takut Noyan dari abang ngah kot."
"Agaklah. Sekali kena pukul dengan Noyan boleh lebam woo..."
Ek eh, over pulak mamat ni. Pantang dapat peluang. Hehe... Tapi tak apalah. Nak melawak jelah tu. Risaulah tu kalau aku stress. Caring betul abang I ni.
"Oit, kenapa, kenapa? Nak story kat abang ngah tak?"
Huh. Kepochi gak abang aku ni. Hukhukhuk...
Alkisah... (Kita Flashback kejap ea...)
"Mak! Kenapa tiba-tiba Auntie Hart masukkan Joseph dalam sekolah Noyan?"
"Errkk! Diorang dah datang hari ni ke ? Lupa pula nak bagitahu. Eh, potong sayur ni cepat, mak nak pakai."
"Ala, tapi mak, kenapa Joseph nak masuk sama sekolah dengan Noyan pulak? Pastu Zainy kena tukar tempat. Sebabnya nak bagi Joseph duduk dengan Khairi."
"Ha, baguslah. Nanti, Noyan jaga dia elok-elok tau. Belanja dia makan, ajar dia Bahasa Melayu, tolong dia buat homework, carikan kawan untuk dia, terangkan dekat cikgu, blablabla...."
"Ohhh. Jadi, sekarang ni dahlah Noyan risau sebab takut orang cakap apa pula ada mamat Omputeh yang dok ikut Noyan. Pastu mak siap minta tolong Noyan uruskan lagi masalah Joseph?"
Mak: <angguk-angguk>
"Tapi, tak kan dia tak reti cakap Bahasa Melayu. Kalau tak, macam mana dia nak paham cikgu ajar apa. Auntie Hart mesti dah prepare awal-awal kalau nak hantar Joseph masuk sekolah harian kan?"
Eh, betul juga. Tak terfikir pula kan. Tapi, tapi. Tu maksudnya. MAKSUDNYA!! Oh no! *ternganga mulut*
"So, sekarang ni Noyan dah tak payah risau lah. Hahaha, terror juga abang ngah ni er? Dah lah, Abang ngah nak pergi toilet jap."
TAK PAYAH RISAU? Aku tambah risau lagi adalah. Kalau Joseph paham bahasa Melayu, maksudnya waktu aku dengan dia dan Khairi tu... Dia pahamlah aku cakap aku tak suka dia. Nooo~
<Tok tok>
Ah serabut otak aku. Siapa pula yang ketuk pintu? "Oh adik. Masuklah."
"Assalamualaikum kak. Adik nak cakap satu benda je ni. Kawan adik kata, hari ni kakak bawak boyfriend jalan keliling sekolah er? Haih, adik keceew kak. Jadi, untuk mengelakkan perkara yang tak baik, adik dah bagitau ustaz. Besok ustaz nak jumpa. Walaupun kakak tak suka, dik paham. Tapi ini untuk kebaikan kakak. I love you kak. You're most welcome."
What?! Amende budak ni mengarut??? Weh, lari pulak budak ni. Alahai Kassim, amende pulak lah buadak ni? Tu bukan boyfriend kakakla dik, tu cousin kita dik. Cousin kita. Sob sob sob. Tak pasal-pasal pulak aku kene panggil dengan ustaz. Huhuhu. Aku nak jawab apa nanti!
"Noyan! Dah siap ke belum? Kejap lagi dah nak sembahyang jemaah Maghrib sama-sama ni!"
Alamak! Abah dah panggil! Mandi pun belum. Cepat-cepat jelah.
Ha, biasanya, selesai sahaja solat Maghrib, abah akan memulakan tazkirah.
Waktu itulah waktu favourite aku. Time tulah aku dapat banyak ilmu baru. Aku bersyukur sangat dianugerahkan seorang bapa yang sangat prihatin.Bukan sahaja daripada segi menjaga kebajikan kami sekeluarga, tapi juga dalam menjaga hati.
"Dalam hidup kita, perlu ada semangat untuk sentiasa maju ke depan. Manusia ni macam kereta. Kita kena gerak ke depan untuk sampai ke destinasi kita. Jadi, untuk bergerak, siapa yang membawa kereta? Tayar. So tayar ini ibarat peribadi diri kita. Kita kena betul-betul jaga sebab dia yang akan tentukan sama ada kita boleh ke depan. tapi a bad attitude ni macam tayar pancit. Kalau kita tak berusaha untuk tukarnya, kita tak akan dapat gerakkan kereta kita ke mana-mana. So, kurangkan ketawa, kurangkan membuat benda tidak berfaedah, kurangkan mencari salah orang."
Huhuhu, betullah cakap abah. Memang terbaiklah terus terkene batang hidung aku.
"Abah, hari ni Noyan dah buad salah. Noyan cari kesalahan orang pastu kutuk dia pula tu. Kalau Noyan minta maaf, dia tak maafkan macam mana?"
Dalam surah Al-Hujurat, ayat 12, Allah berfirman:
"... Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (kerana suka mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya..."
Suatu waktu, ketika Rasulullah SAW bersama dengan Jabir RA, mereka melalui satu tempat yang busuk lalu Rasulullah SAW berkata, "Adakah kamu tahu apakah bau ini? Inilah bau orang-orang yang menyumpat orang mukmin.
(Ahmad, perawi thiqah)
"Jadi, dosa mengumpat ini memang tidak boleh buad main. Kita kene berusaha untuk mengelakkannya. Jika kita sudah terlanjur membuatnya, cepat-cepatlah minta maaf. Jangan kita mengatakan 'Kalu dia tak maafkan macam mana?' Sebagai alasan untuk kita tidak meminta maaf... Itu adalah urusan-Nya. Apa yang penting, kita sedar kita dah buad salah, minta maaf, dan minta keampunan daripada Allah SWT. Faham Norihan?"
<Angguk angguk>
"Paham abah."
"Ha, Noy tu ada ngumpat siapa la tu? Abang long rasa, perempuan-perempuan yang minta kat boyfriend baru Noyan tu ea?"
"Eh, boyfriend mana lagi ni? Siapa cakap tu?"
Eh, apa lagi adik aku ni. Siap angkat tangan lagi. Terus terang mengaku pula dia. Aduhai, dengan siapa lagi dia bagitau ni. Berapa banyak orang dah bergosip pasal aku ni. Padahal Joseph tak bercakap pun lagi dengan aku. Aaa~
<Kring Kring>
"Eh, siapa pula call time Maghrib-Maghrib ni. Hello. Ye, Hart. Ye, ye.Apa? Joseph LARI?"
Ha? Lari? Lari ke mana? Ya Allah! Sebab aku ke?
Here goes another drama! >.<
Yang Benar,
Nurul Yusniza ^^
PAST • FUTURE