ARIZ LUFIAS ▼
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK Ask.fm FORTEEN
Cebisan Kenangan .
Tuesday, July 16, 2013 • 5:06 PM • 0 comments




"Subhan-Allah" ungkapan pertama Zahra saat melihat pemandangan indah di hadapannya. Lautan biru terbentang luas, daun kelapa menari-nari mengikut irama bayu, kanak-kanak bergelak riang apabila terkene percikan air. Zahra mengambil tempat di atas buaian di bawah sepohon pokok, memerhati sahabat baiknya Fatma, bermain dengan ombak, jatuh tersungkur akibat pukulan ombak yang begitu kuat. Percutian dua sahabat yang telah lama dirancang kini menjadi kenyataan.

Antara kita tiada rahsia, susuh dan senang sentiasa bersama, terpateri namamu... Kau takkan ku lupa.

Nasyid nyayian kumpulan Fareast yang jadi peneman Zahra, membawa fikirannya jauh mengenang memori-memori semalam.


***************
Sudah dua hari Zahra demam panas, tidk mampu mengurus diri sendiri apatah lagi untuk berjalan pergi ke kelas, tidak ada kawan-kawan yang menjaga Zahra. Fatma antara junior baru yang memerhati nasib Zahra, rasa kasihan melihat keadaan Zahra tetapi segan untuk mendekati kakak seniornya itu. Fatma cuba memberanikan diri, "Kak Zahra dah makan ubat ke belum?", Zahra tidak menjawab, hanya menggeleng sahaja. "Makan roti ni, lepas tu makan ubat demam ni tau" Fatma mempelawa ubat dan rotinya kepada Zahra, manakala Zahra hanya menuruti sahaja. Tidak lama kemudian, Zahra terlena. Dia tersedar setelah jam tiga pagi. Itupun kerana terasa ada tangan yang sedang mengurut kepalanya. "Fatma tidurlah, kak Zahra dah okey." Ucap Zahra. "Tak apa, Fatma tak mengantuk." Fatma memberi jawapan yang menyenangkan Zahra.
     Tanpa disedari, air mata Zahra mengalir. Memori tahun lepas yang tersimpan kemas difikirannya, tiba-tiba muncul kembali. Segara Zahra menyeka air matanya, takut-takut Fatma akan perasan.

***************
Hujung minggu kalau tidak ada program, Zahra tetap dengan rutin harian. Mengambil sedikit masa untuk quilulah sebelum masuk waktu Zohor. Zahra menekup muka dengan bantalnya. Beelum sempat matanya terlelap, dia berasakan ada seseorang yang menghampiri Fatma yang kebetulan berada di sisinya. "Fatma kenapa kau baik semacam ja dengan kak Zahra? Kakak angkat engkau ke?" Tanya Nurul rakan kelas Fatma.
     "Eh, taklah. Aku anggap kak Zahra ni sebagai sahabat aku. Aku panggil di kakak pun disebabkan dia lebih tua daripada aku" Fatma menjawab jujur.
     "Aku nak cerita something, kau jangan sedih tau. Aku pun tak percaya apa yang aku dengar ni..." Nurul memulakan muqaddimah.
     "Apa?" Fatma ingin segera tahu.
     "Semalam aku dengar, kawan-kawan kak Zahra cakap dalam bilik aku, kak Zahra kawan dnegan kau sebab nak kikis duit kau je." ucap Nurul.
     "Ya Allah, itu fitnah. Kak Zahra tak seburuk yang mereka sangka." laju air mata Fatma mengalir, Nurul cuba menenangkan Fatma, Zahra tetap dengan keadaannya dari tadi, tidak bergerak walaupun sedikit kerana takut kedua-dua kawannya itu mengetahui yang dia sebenarnya tidur-tidur ayam.
     Selapas solat Asar, Fatma melihat Zahra sedang termenung sendirian. Fatma mendekati Zahra dan mencerita fitnah yang direka oleh kawan-kawannya itu. Fatma menyangka Zahra tidak tahu kerana waktu itu Zahra sedang tidur. Tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Selepas Fatma selesai bercerita, Zahra hanya tersenyum. "Macam tu lah... Kawan boleh jadi lawan, tidak seperti sahabat... Sentiasa jujur sama ada di hadapan atau di belakang, setia dan susah senang bersama." Jawab Zahra cuba berlagak tenang. Semakin deras air mata mengalir mendengar jawapan Zahra , membuatkan Zahra merasa sangat terharu. Zahra menarik nafas dalam-dalam sambil menahan air matanya daripada mengalir.

***************
"Salam, Zahra... Izin aku tampar Fatma sekali." mesej yang Zahra terima sewaktu dia sedang mengulang kaji pelajaran bersama-sama dengan Fatma. Mesej tersebut dihantar oleh Yana, antara rakan sekelas Zahra yang begitu dengki dengan persahabatan mereka.
     "Kenapa?" balas Zahra ringkas.
     "Dia rampas kau daripada aku!" jawab Yana sombong.
     "Eh... Kenapa pulak?" Zahra malas nak melayan. Kalau diikutkan hati, ingin sahaja dia mengungkit segalanya. Sewaktu Zahra demam, tiada seorang kawan pun yang datang menjenguk, fitnah Zahra yang bukan-bukan dan berbagai lagi.
     "Yalah, dah dia ambil kawan aku!" mesej Yana yang membuat Zahra bertambah benci.
     "Ish... Kau still kawan aku lah. Fatma bukan kawan, tetapi dia sahabat!" jawab Zahra.
     Tidak disangka, Yana berani menyerang Fatma di depan Zahra sewaktu mereka sedang mengulang kaji pelajaran. Pada mulanya, Zahra ingin melawan. Tetapi Fatma melarang. "Sabar tau, Allah nak uji persahabatan kita." Nasihat Zahra pada Fatma setelah Yana beredar pergi.
     Setelah Fatma tamat menghadapi peperiksaan, dia terpaksa pulang ke rumah terlebih dahulu kerana keadaan ibunya yang kurang sihat. Maka, tinggallah Zahra bersendirian. Zahra mengulangkaji pelajaran dan melangkah ke dewan peperiksaan, semuanya bersendirian. Hampir setiap hari, air mata Zahra mengalir kerana rindukan Fatma. Tambahan pula, dengan nasibnya yang telah disisihkan oleh kawan-kawan.
     "Ya Allah, jadikan ujian ini sebagai jambatan untuk aku berjaya menggenggam kejayaan. Kekalkanlah persahabatan antara kami, kurniakanlah kesedaran buad kawan-kawanku. Padamkanlah api kedengkian di hati mereka... Amin Ya Rabbal Alamin." Setelah solat Tahajjud, Zahra melantunkan doa buat sang Pencipta. Deras air matanya mengalir, membasahi pipi gebunya.


***************
"Tahniah Zahra kerana berjaya mendapat pointer setinggi tu!" ucapan yang Zahra terima setelah berjaya mendapat anugerah Pelajar Mithali.
     "Hebat la kak Zahra" puji Fatma. "Biasa je, Tuhan nak uji sama ada kita bersyukur ke tidak." jawab Zahra rendah diri. "Tak sangka, di sebalik ujian yang kak Zahra terima hari tu, ada hikmahnya." Celoteh Fatma kerana terlalu gembira. Manakala Zahra, hanya tersenyum. "Hari tu, Tuhan nak uji kita sama ada sabar ke tidak. Kali ini, Tuhan nak uji pulak sama ada kita bersyukur ke tidak." Zahra tetap dengan peringatanya, manakala Fatma hanya mengangguk faham.

***************
"Terima kasih Ya Allah yang telah mengurniakan aku seorang sahabat seperti Fatma, setia bersama, tidak pernah percaya dengan fitnah yang direka-reka" bisik hati Zahra sendirian.
     Terlintas di hati Zahra untuk mencoret satu puisi buat sahabatnya itu.
     Matahari semakin meninggi, bahang panas mula terasa, Fatma naik ke darat setelah letih bermandi manda di pantai. Dia berjalan menghampiri tempat Zahra menunggu.
     "Ha, kak Zahra taip apa tu?" teguran Fatma membuat Zahra tersedar. I-pad di tangannya disorokkan di bawah jilbabnya.
     "Adalah, hehehe..." jawab Zahra lembut.
     "Puisi terbaharu ea?" Fatma meneka. Kenal sangat dia dengan hobi Zahra, suka berpuisi di mana sahaja berada.
     "Puisi untuk yang tersayang... Huhuhu." Zahra sengaja membuatkan Fatma lebih teruja ingin tahu.
     "Kak Zahra posting di blog, nak baca buka la blog kak Zahra nanti ye."
     "Okey..." jawab Fatma lembut sambil menarik tangan Zahra, mereka sama-sama berjalan menuju ke chalet penginapan mereka.

***************
Fatma tersenyum... Puisi yang begitu memberi kesan padanya. Dilihat sahabat baiknya di sebelah, sudah lama dibuai mimpi. Kenangan indah percutian ini telah mengerat lagi ukhuwah mereka. Kenangan yang bakal tersimpan kemas di ingatan. Tempat yang pernah melakar indah memori sebuah ukhuwah.


"Suatu waktu aku pernah keliru. Siapa kawan, sahabat, dan teman. Aku pernah lalui hidup sepi. Tanpa ada yang memahami. Di rumah aku punya keluarga, tetapi di luar aku sendiri. Belajar berdikari, belari ke sana ke mari, jatuh bangun aku sendiri... Takdir-Nya amat bermakna. Di sebalik derita ada bahagia. Aku sendiri, kau menemani. Aku derita, kau sentiasa bersama. Aku difitnah kau tidak pernah percaya. Aku mengalir air mata, kau menyekanya. Aku bahagia, kau senyum gembira. Aku berjaya, kau gembira meraikannya. Aku teramat bersyukur pada-Nya. Dikurniakan buatku sahabat seperti Fatma. Ya Allah, jadikanlah ukhuwah kami seindah wardah... Kekalkanlah persahabatan kami hinggalah Jannah..."

Yang Benar,
Nurul Yusniza ^^ 


PASTFUTURE
D'Owner
Hi! Assalamualaikum. Dia seorang yang periang. Be talkative like chicken want to dance. Is a busier woman with her life. Addicted to be friend with all human in this earth. So, enjoy . Do follow :) Thanks .

Forteen


#KitaBerduaBersatuSepertiDulu #Forteen @IzzueIslam @OneForteen @lufias89 @AmeerForteen

D'Tagboard



Others



Newbie Blogger
date : 16.10.2012
at : 9am



date :
at :



date:
at :

Blog Archive

  • JOSEPH LARI!!!
  • Ketika Cinta Tak Berjodoh
  • To You :'/
  • Manusia yang Didoakan Malaikat
  • 10 Benda Tak Dapat Dibeli Dengan Wang
  • Oh My Drama '#SetiaHujungNyawa'
  • Lirik lagu 'Satera Kupu Kupu' by Mimie Haris
  • Manusia, Malaikat dan Syaitan !
  • Aku sedang di uji :')
  • You want a guy's perspective? Ask your dad.